Login Help Register
ANAK ALAM
WARNA WARNI KEHIDUPAN



Tentang : hasbullah

Nama Gelaran hasbullah
Umur 40
Jantina Lelaki
Bandar
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Sudah Berkahwin
Kaum


Kaunter Hit : 2158



Komen Terkini
Arrrggghhh..
Sabar le byk2.... (ShiN ChaN)
2 Aug 2008 6:01 AM

Arrrggghhh..
Dugaan keje tuh..... (aida - ARK)
2 Aug 2008 6:01 AM

SALAM
salam ceria...... (*daya*)
1 Aug 2008 4:01 AM


Kategori

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Arkib



Saturday, August 2, 2008

Arrrggghhh..

Minggu ini keadaanku tk tentu arah saja..kerja ada yng tk siap lg.Bos dh 2x tnya aku psal tugasan tu..bnyk lg gmbr2 yg aku tk edit..huh..mcmana ni..pening kepala sngt..dh la buat kerja ni sorang2,kalau ada member boleh jga sama2 menjawb jika bos tnya.Apa pun aku kena siapkn kerja ni sorang2,kalau bos nk mrah pun mrah la..apa nak buat dh dia jd bos,aku ni kuli jer.. Bila ada tekanan kerja,mahu sja aku pencen awal,tp aku belum cukup servis sbagai syarat pencen awal..apatah lg dlm borang opsyen aku sign umur pencen 58 thn..hai nampaknya lama lg la aku kena kerja. Minggu dpn(Ahad) aku mula brtugas di tempat baru,bahagian operasi..nk tolak tk boleh sebab bos yg arahkn aku ke bahagian tu.Sekali aku fikir,aku ni mcm bola pula di tendang ke sana ke mari,entah bila nk msuk gol pun tk tahu.Bebanan kerja yg brlambk cukup merimaskn aku.Di tmbh pula dng gangguan telefon dr org2 yg tk mengerti akan kesibukan org lain. Dugaan kerja,unsur2 luaran diselilingku adalah cabaran buatku..dn aku kena tahu tentang itu kerana aku telah di ajar utk menghadapi apa jua rintangan dn cabaran yg dtng semasa aku di pusat latihan. Biar sesarat mana pun bebanan kerja,biar sekuat mana pun dugaan,aku kena hadapi jua..lagi pun ini ada untuk penghidupan aku juga..bukahkah kehidupan itu satu perjuangan?jadi aku sekarang berada di tengah medan perjuangan.


Tag/Label :
Dipostkan @ 06:01 AM | 2 Komen | Report Abuse

Friday, August 1, 2008

SALAM

Salam mewangi suci..semoga semuanya sejahtera.Kesian pulak aku membaca luahan adik shin chan.Adik jangan susah hati lagi, adik jangan nangis lagi..abg dah lama maafkan adik.So lepas ni ceria2 selalu yer..Sekarang ni abg bz siottt..tak sempat nak menulis blog..apa pun semoga blogger ekawan ceria semuanya.


Tag/Label :
Dipostkan @ 04:01 AM | 5 Komen | Report Abuse

Friday, July 25, 2008

TENSION TENSION TENSION

 
Hari ini aku tension sangat..dah laa penat mcm nak mati..ada pulak ganguan panggilan telefon..hantar mms yg menyakitkan hati aku.Apa punya orng laa mcm ni..tak pandai nak jaga perasaan orng lain.Nasib baik ada adik shin chan..tahu jer abg dia ni sedang tension,ada2 saja keletahnya nak hiburkan hati ni..tq adik, sorry dik hari ni abg tension sangat sampai tak nak jawap panggilan adik.
 


Tag/Label :
Dipostkan @ 01:03 AM | 6 Komen | Report Abuse

Tuesday, July 22, 2008

Persiapan terakhir

 

Hari ini di ofis kelam kabut saja.Pagar di cat baru,  pasang poster dan banner DAULAT TUANKU pasang jalur gemilang dan bendera negeri kedah.Sementara pihak Majlis Perbandaran Langkawi buat hiasan dlaman.Pendek kata betul2 meriah kat ofis hari ni.Maklum laa yang nak datang ni bukan calang2 orng..misti buat yang terbaik.Esok petang ada sessi bergambar dengan tuanku sebelum tuanku berlepas ke Pulau Payar untuk diving kat pulau tu.

Pasukan turn out juga sibuk buat latihan untuk sambut kedatangan tuanku esok.Terpaksa import anggota dari penang..nak harap anggota kat sini memang tak ckup punya..pendek kata semua unit ambik bahagian..unit penyelam awal2 lagi dah stanby..itu belum termasuk unit pemusnah bom..awal2 lagi pereksa tempat2 yg tuanku akan lawati..mempastikan tempat tu selamat.Bagi aku..apa yg aku tahu tugas aku esok ambil gambar..

Adik shin chan..sorry laa petang tadi abg bz sangat..tak sempat nak melayan dan menjawab call adik.Sorry yerr...

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:36 PM | 2 Komen | Report Abuse

Monday, July 21, 2008

DAULAT TUANKU

Hari ni suasana di pejabat sibuk saja..macam nak buat persiapan hari raya jer.Bangunan di cat semula.Nampak berseri semula..kalau sebelum ni kelabu asap saja bangunan pejabat.Dua hari lagi DYMM Yang Di Pertuan Agong nak melawat kesini,itu yang semua org nampak sibuk saja.

Aku pun prepare yg mana patut..maklum laa nak dapatkan gambar tebaik sebagai kenang kenangan.Bukan senang Tuanku Sultan nak melawat ke sini..jadi peristiwa bersejarah tu tak boleh dilepaskan.Sudah semistinya aku nak dapatkan yng terbaik.Dan yang pentingnya aku dapat tengok Tuanku dari jarak yang dekat..kalau boleh bersalam dengan Tuanku lagi bagus..dapat cium tangan Tuanku lagi laa bagus...bukan senangkan nak mengadap tuanku.

 

                                      

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 10:32 AM | 7 Komen | Report Abuse

Sunday, July 20, 2008

HUJAN HUJAN HUJAN

 

HARI NI SEHARIAN HUJAN SAJA..MULA DR AWAL PG SMPAILA KE TNGAHARI..SECARA TK LNGSUNG MEMPENGARUHI MOOD KERJA..ADA YG NTAH BERAPA KALI MENGUAP DPN KOMPUTER..MENTANG2 KAT LUAR HJAN DN BASAH,KERJA KAT DLM OFIS PUN TERKENA TEMPIASNYA..TURUT JD LEMBAB SAJA.NASIB BAIK KERJA HARI NI TAK BANYAK SANGAT..JADI BOLEH LAA  BUAT SENAMAN RINGAN SIKIT,BETULKAN URAT2 YANG TERSIMPUL.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 01:10 PM | 2 Komen | Report Abuse

Saturday, July 19, 2008

SELAMAT DATANG

 

Selamat datang adik Sinchan ke laman ini.Aku mula mengenali dia kat chat room YM..waktu kenal dulu EURO 2008 sedang rancak berlansung.Dia minat pasukan Germany,aku juga pilih Germany, dia tak mahu aku pilih Germany..sampai bergaduh dlm chat room sampai kan dia nak tumbuk aku....waaaa ganasnyaa awek ni.

Kepala dia ni gila2 sikit tapi aku suka dengan sikap gila2 dia tu..rasa happy jer..lupa problem seketika..aku ingat dia ni gadis biasa saja rupanya dia student UMS...wahh leh tahan jugak awek nie..Mula kenal tu tak laa aku nak ambil pot sangat dengan dia..maklum laa dia student,tak mahu laa aku nak ganggu dia belajar.Tapi dia ni mcm happy go lucky jer..suka berkawan dengan siapa saja tanpa mengira usia.Dan kini dia jadi adik angkat aku..jadi oleh kerna dia dah jadi ahli ekawan aku nak hadiahkan barang yng dia suka sangat...

             

Hadiah untuk rakan baru ekawan....Sinchan..semoga happy bersama ekawan.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 10:54 PM | 3 Komen | Report Abuse

Saturday, July 19, 2008

BERTEMU SAHABAT LAMA

 

                          KEBERKATAN HARI JUMAAT

Kelmarin cuti mingguan di negeri Kedah jadi aku pusing2 pulau seri negeri.Dah lama juga aku tak pusing pulau,maklumlah sibuk memanjang.Sambil pusing pulau sambil melihat pelancung yg datang dan pergi dari pulau ini..Langkawi tak pernah sunyi dengan pelancung dalam atau luar negeri.

Lepak kat pantai chenang,terasa damai saja kena belai dengan bayu laut..tapi ada pandangan yng kurang enak..nak larang tak bolehh maklum laa pelancung mat saleh..kalau pelancung tempatan gerenti kena tegur..

Rasa tak sedap pulak lama2 kat situ..nanti org anggap aku nak ambil kesempatan melihat adegan yang perlu sensor tu..lalu aku blah dari situ menuju pekan Kuah.Ketika membelok masuk jalan menuju pekan Kuah, aku lihat seorang lelaki melambai tangan menahan aku, di sebelahnya seorang wanita dan pastinya isteri dia.Di sisi mereka sebuah kereta..aku rasa kereta sewa.

Aku perlahankan kereta..setelah berhampiran dengan lelaki yg melambai tangan tadi...

Banggg..minta tolong bangg..kereta kami habis minyakk...dengan nafas tercungap cungap lelaki tu minta pertolongan aku.Aku lihat dalm kereta tu ada 3 orng penumpang..pasti anak dia.dua perempuan dan sorang lelaki..perempuan dia sebelahnya tadi datang menghampiri lelaki itu..sah memang isteri dia sebab aku dengan perempuan tu bercakap2 sambil panggil abang..

Kesian pulak aku dengan masalah keluarga ni..lalu aku pelawa lelaki masuk dlm kereta aku dan pergi ke stesen minyak yg berdekatan..isteri dan anak2nya di tinggalkan di situ sementara aku dn dia pergi ke stesen minyak.Dalam perjalanan ke stesen minyak lelaki tu bagi tahu aku dia dan keluarga dari Kuala Lumpur datang bercuti di sini.Sampai di Lapangan terbang depa sewa kereta kat situ..tapi berjalan tak sampai 3KM minyak kering.Kesian aku dengar cerita lelaki tu.dah kena tipu dengan pengusaha kereta sewa.

Lepas isi minyak aku hantar semula lelaki tu ke kereta yg dia sewa..Setelah isi minyak dia hulur rm30 kepada aku..tak sampai hati pulak aku nak ambil duit tu..

Sebagai gantinya dia ajak aku ke kedai makan..aku menolak tapi beriya iya mengajak aku,Aku tak mampu menolak ajakannya.

Aku dn lelaki bersama keluarga dia pergi ke kedai makan yg berhampiran.Di kedai makan tu lelaki memberitahu asal usulnya..terkejut besar aku rupanya dia pernah tinggal sekampung dengan aku.Aku selidik asal asulnya bertanya apa nama bapa dan emak dia.Laaaa...rupa2nyaa lelaki tu kawan lama aku..cuma dia muda 2 tahun.Lelaki itu lah Zaidi kawan lama aku.Dia cuma dua beradik saja..adik perempuannya Zaida,berpuluh tahun aku tak jumpa dia..kelmarin petang jumaat yang berkat aku bertemu kembali dengan sahabat lama yang terpisah.

Dan tahu dia kawan aku, aku suruh dia hantar balik kereta sewa tu dan guna kereta aku free of charge..

                          

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 05:36 AM | 3 Komen | Report Abuse

Friday, July 18, 2008

PLC 5

                     

Gambar2 majlis penyerahan kapal ronda baru ke pangkalan marin langkawi..sebelum ni kapal ronda ni berpangkalan di kg acheh lumut.Untungnya cuma kapal saja bertukar sedangkan anak2 kapal tak bertukar...eeee bestnyaa..

Tak bestnya jadi jurugambar ni..gambar orng lain banyak..tapi gambar sendiri tak der pun..Ini sekadar kenang kenangan bersama ekawan.


Tag/Label :
Dipostkan @ 05:32 PM | 4 Komen | Report Abuse

Friday, July 18, 2008

Majlis penyerahan kapalronda

 
 
 

                            

Majlis penyerahan kapalronda petang kelmarin berjalan dengan lancar.Alhamdulillah...banyak juga gambar yg aku ambil..kalau tak kerana tugas tak nak aku berjemur tengah panas..harap2 boss puas ati dengan gambar2 yng aku ambil ni..

Sambil ambil gambar tu jurugambar sempat juga bergambar.Mana aci kalau gambar org lain jer banyak, aku nak juga bergambar....

                   

               Bersama member seperjuangan


Tag/Label :
Dipostkan @ 01:39 AM | 6 Komen | Report Abuse

Wednesday, July 16, 2008

KERJA KERJA KERJA

HARI INI KAT PEJABAT SEMUA ORG SIBUK DNG KERJA MASING2..SIBUK MEMBUAT PERSEDIAAN MAJLIS PENERIMAAN KAPAL BARU ESOK..AKU PULA DH SMPAI SAKIT ANAK TEKAK BUAT LATIHAN PENGACARA MAJLIS,BKN SNG NK INGAT SKRIP.ASYIK TERSASUL JER..MALAM ESOK MAJLIS BERLANGSUNG.AKU MASIH LG TERSASUL JER,TAK PE SUSAH2 SNGT AKU MAIN REDAH JER.. LEPAS HABIS MAJLIS TU,MAJLIS KEBERANGKATAN TIBA DYMM YANG DI PERTUAN AGUNG PULA KAT PEJABAT NI.PENDEK KATA WARNA OFIS NI DAH BERTUKAR,DR WARNA PUTIH KE WARNA KUNING..WALAUPUN MAJLIS TU 24HB TP PERSIAPAN KENA RAPI..SEMUA ORNG NAMPAK PENAT JER..BOSS PULA NAK KAN YG TERBAIK,TAK MAHU ADA CACAT CELANYA..CKAP SNG LA,TP YNG NAK BUAT BKANNYA DIA..BOSS BAGI ARAHAN JER.


Tag/Label :
Dipostkan @ 06:57 PM | 8 Komen | Report Abuse

Tuesday, July 15, 2008

CUTI UMUM

 

Salam mewangi suci..semoga semuanya ceria.Pagi tadi aku sampai awal kat pejabat.Jam 7.30 dah sampai pejabat.Tapi aku tengok member yang lain belum sampai lagi..Jam dah dekat kul 8 pagi.Iskk..mana diaorng pergi ni, ketua kerani dan kerani2 yg lain pun tak sampai lagi.Heran jugak aku..naper sorang pun tak sampai lagi.

Aku telefon member aku..tanya dia kat mana...ehh tak keje ker..aku tanya member.Keje?? soal member aku semula..ehhh..hangg ni dah mamai ka...kan hari ni cuti am sempena jubli emas pemerintahan Tuanku Sultan Kedah...jawab member aku sambil ketawa..

Cuti???...cisss..mcmana aku boleh lupa hari ni cuti...patut laa sorang pun tak sampai pejabat lagi..rupanya hari ni cuti umum.

Kalau mcm ni pi pekena roti canai dengan nescafe tarik dulu laaa..

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 05:07 PM | 5 Komen | Report Abuse

Sunday, July 13, 2008

Tugas baru

 

Salam hari minggu, semoga ceria semuanya.Saat ini jam dah 5.45 petang., tinggal aku sorang2 kat pejabat, masih banyak lagi gambar2 yang aku tak edit...aduhhh mcmana ni..esok pagi boss nak tengok..aduhh dah berpinau biji mata ni asyik merenung screen komputer jer.Tengok kiri kanan kerusi member kosong jer,laaa semuanya dah balik.

Macamana ni..boring gak buat kerja sorang2,tak der member nak gurau2.Hmmm..rehat kejap buka ekawan..Lepaskan tension kat sini..terasa cool sikit.Biar kerja banyak mcmana pun aku kena siapkan hari ini juga,walaupun sampai malam sekali pun.Kenapa laa boss ujudkan unit ni..kalau tak ada unit kan bagus..aku pun tak teruk kerja sampai mcm ni.Member lain dah balik lepak2 kat umah sambil pekena goreng pisang kat umah..aku masih mengadap komputer kat pejabat...aduhaiii..nasibb..nasib...

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 05:49 PM | 2 Komen | Report Abuse

Friday, July 11, 2008

Mengadap boss

 

Salam Jumaat penghulu segala hari.Hari ni tengah asyik buat kerja tiba2 bos panggil mengadap dia.Suspen gak aku..apahal pula boss panggil mengadap ni,mana tau kalau ada kesalahan disiplin yg aku tak tahu.

Dengan hati yg suspen aku melangkah masuk ke bilik boss.Ada apa hal boss?soalku pada boss bagaikan tak sabar nak tahu sebabnya aku dipanggil mengadapnya.

"Mulai hari ini saya serap awak ke unit perhubungan awam..terus jer boss bagitahu aku apa tujuannya dia panggil aku mengadapnya.

"Setiap operasi yg dilakukan sya nak awak ambil gambar dan hantar kepada pihak akhbar"..tambah boss lagi.Aku terkebil2 mendengar arahan boss.

Insyaallah tuan..saya akan lakukan yg terbaik..jwabku sebelum melangkah keluar dari bilik boss.Alaaaa..bertambah lagi kerja aku.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 10:58 AM | 7 Komen | Report Abuse

Wednesday, July 9, 2008

Selamat bertugas

 

Salam perpaduan semua bloggers ekawan..semistinya yang menyertai ekawan ini berbilang bangsa dalam sebuah negara yang aman damai ini.

Pagi ni bumi Langkawi basah lagi,suasana alam dingin hujan sejak malam tadi hingga pagi masih renyai2.Kalau hari ni tak kerja memang best sangat, boleh tarik selimut lagi, tapi apa boleh buat tanggungjawab misti ditunaikan juga dlm apa keadaan sekali pun.. hujan atau panas adalah kurniaan dan anugerah Allah Pencipta Alam.Kepada teman2 semua selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:16 AM | 4 Komen | Report Abuse

Tuesday, July 8, 2008

SAMBAL TUMIS SOTONG

 
 
 

Salam kepada semua bloggers ekawan..sejahtera semuanya.Sekadar bertanya, tentunya semua pernah dan suka makan sotong.Lebih2 lagi kalau masak sambal tumis sotong.Dulu aku pun suka jugak makan sotong.

Tetapi sejak aku sendiri lihat kejadian tu sampai sekarang aku dah tak lalu lagi nak makan sotong..

Ceritanya mcm ni..suatu hari aku dan member setugasku kena buat operasi mencari mayat yang dah 3 hari hilang di laut, hari yang ke 4 kehilangan mayat aku dan team aku kena keluar mencari mayat seorang lelaki cina yang hilang di laut.

Hampir sejam pusing2 sambil membuat permerhatian..akhirnya kami nampak sekujur tubuh terapung apung di permukaan laut pulau pinang.Aku dan member menghampiri mayat yang terapung itu dan menarik perlahan lahan keatas bot.

Setengah jam selepas mayat tu kami naikkan atas bot, aku lihat tiba2 tangan mayat itu seolah2 bergerak gerak.Aku panggil member dan sama2 tengok tangan mayat lelaki cina tu bergerak2.

"Ehh..hidup lagi ke apek ni"....member aku bertanya sambil melihat mayat tu dengan perasaan cemas..memang rasa cemas sebab tangan mayat tu bergerak gerak.

Dalam suasana cemas tu tiba2 aku melihat seekor sotong keluar dari tangan mayat lelaki cina tu...rupanya yang bergerak gerak tadi seekor sotong mencari jalan keluar dari bdn mayat tu.Rupanya bukan sekor..berderet deret sotong keluar dari badan mayat lelaki cina tu.Ada yg keluar melalui telinga, mata, mulut..eeeeeii..geli aku tengok.Gemuk2 pulak tu sotong tu..hampir 50 ekor..tapi kami buang kelaut semua sotong2 tu.

Memberku ada yang termuntah melihat keadaan itu.Dan sejak melihat benda tu, sampai sekarang aku tak lalu nak makan sotong biar pun masak sedap mcmana sekali pun..bagi duit pun aku tak sanggup makan sotong lagi

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 11:23 PM | 4 Komen | Report Abuse

Monday, July 7, 2008

teman seperjuangan

                          

Rakan rakan seperjuangan...pakabar kalian semua??


Tag/Label :
Dipostkan @ 01:56 AM | 6 Komen | Report Abuse

Monday, July 7, 2008

MARAH

 

Salam mewangi suci..kelmarin di pejabat aku, apa yang tak kena pun aku tak tahu.Member semua asyik marah2 jer..selalunya bila bergurau tak der masalah, tapi kelmarin bergurau sikit pun dah melenting.Aku terkejut gak, bukan sorang dua member jadi mcm tu,tapi hampir semua member aku asyik marah2 jer..apa hal lak ni...pelik gak aku.Macam ni takut aku nak bergurau lagi.

Masuk ofis baru laa dapat tahu rupanya member2 aku tu baru jer kena marah dengan boss.Hah!! boss pun marah2 jugak?

"Kak..boss ada kat pejabat??..aku tanya pada ketua kerani..

"Boss ada tu..hari ni angin dia tak baik...

Alamak!!! tak leh jadi ni..kang lagi lama aku kat pejabat tak pasal2 aku pun kena marah...baik aku belah jer dari pejabat dan buat kerja luar..selamatttt..Tapi aku kena hati2 gak mana tahu esok lusa aku kena marah dengan boss..tapi harap2 jangann laaaa...

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 01:27 AM | 1 Komen | Report Abuse

Friday, July 4, 2008

sketsa petang jumaat

Salam semua blogger ekawan..petang2 Jumaat ni..tak ada apa nak buat kat rumah, lalu keluar ronda2 kat pekan Kuah..hmmm.. ramainya orng.Dalam kenaikan harga barang pun masih ramai orng kita berbelanja bagai nak rak..kiranya tak ramai lah orng susah kat negara kita ni.

Dah bertahun aku kat pulau ni, dah bosan sangat2 aku di sini.Pulau ni pun bukannya besar sangat, pusing2 kat tempat tu jugak,tapi aku pun heran juga ramai pelancung yng berkunjung ke sini, apa yng diaorng nak tengok tak tahu la.Datang sesekali kat sini memang laa rasa seronok, tapi kalau dah bertahun mcm aku dok sini...alahaiii bosannya.

Dan beberapa kali aku minta tukar, tapi tak dapat.Minta bertukar ke putrajaya tak dapat, minta tukar ke Penang pun tak dapat, agaknya aku bertugas kat pulau ni sampai pencen kot...eeeii tak sanggup aku..sesekali nak juga aku beralih angin.Entahh laa belum ada rezeki lagi kot..kalau di takdirkan aku jadi penunggu pulau kena lah aku hadapi juga walaupun hatiku tak rela.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:36 PM | 4 Komen | Report Abuse

Friday, July 4, 2008

KEINDAHAN ALAM

Bangun pagi sempat menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.Betapa indahnya alam ini saat mentari mula memancarkan cahaya ke serata alam.

        

Betapa indahnya alam langkawi di waktu pagi.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:18 AM | 5 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.